Sunday, April 27, 2008

Fikir Sejenak

bila bangun utk solat subuh pagi tadi, teringat
komentar pengarang subky latif dlm harakah, beliau menulis..

"bila solat subuh ramai makmumnya seumpama solat jumaat..
kekuatan islam itu akan digeruni para musuhnya!"

nampak macam tak ada apa-apa..
tp secara lansung, teringat pulak kata2 dr tuah..

"orang yg paling kuat adalah mereka yg mampu bangun utk bersolat subuh
dan menahan rasa amarahnya"

tanggapan umum, biasanya kuat ditafsir melalui gagahnya tubuh badan..
atau, kukuhnya kedudukan kewangan..tp sedar atau tidak
kuat yg sebenar dlm istilah bagi seseorang yg bergelar muslim
adalah diukur melalui keteguhan imannya.

seperti kata ustaz dlm kuliahnya..

"islam itu tiang agama, tp mana mungkin tiang dapat didirikan
jika tapaknya pun tidak ada? apa itu tapak?"

tapak itu adalah IMAN!

sebab itu kata ustaz, awal2 mengenal islam, kenallah dulu akan Tuhanmu.
amatlah rugi jika sekadar melafaz dua kalimah syahadah dan beribadat
tapi dlm hati masih tak mengenal akan Allah dan segala sifatNya..
iktikad kita perlulah diperbetulkan

bila manusia benar2 mengenal akan Tuhannya
barulah benar2 boleh dikatakan beriman.
dan bila sudah benar2 beriman..
maka barulah benar2 dikatakan islam!

"jika asalnya kita dari mahligai..maka pulang pun biarlah ke mahligai jua hendaknya"

(mahligai bermaksud syurga yakni asalnya manusia dari alam roh, ditempatkan disyurga,
diturunkan ke alam solbi iaitu alam rahim, kemudian ke alam syahadah, alam dunia dan
akhirnya ke alam barzah sebelum kembali semula ke syurga, tempat asalnya kejadian..mudah2an..)

pesan ustaz,
dari mahligai ke mahligai perlulah hidup diperuntukan kepada 3 masa:

~ masa utk mencari nafkah
~ masa utk mencari ilmu Allah
~ masa utk berbuat ibadat dan beramal soleh

jangan mahligai dibina tika diperantauan..
tapi miskin papa dan kedana, bila pulang ke kg halaman..

"janganlah sombong dgn Allah..sentiasa panjatkan kesyukuran atas segala pemberian"
"jangan sesekali Dia dilupai, jika dirimu tidak mahu dilupai akan Dia"

******************
herrmm..semua kata2 ni buat aku rasa insaf
nikmat yg diberikan kadangkala membuat aku lupa dan alpa..
terima kasih ustaz di atas segala pesanan dan peringatan..
mudah-mudahan aku tidak tergolong org yg dlm kerugian..
~amin~





4 comments:

HambaMaya said...

Betul tuh.. kadang2 kerna asik cari rezki, habuan untuk dunia yang lagi satu kita jadi lalai..

"Lainsyakartum, laazidanakum..
walainkafartum, innaazzbi lasyadid"

Andai kau bersyukur, Allah akan tambah nikmat, tapi kalau kau kufur, Allah terus bagi warning, azabNya amat pedih..

Mem Aluya said...

Okay!

Sw337un73j4 said...

mudah-mudahan kita sentiasa ingat mengingati..insyaAllah.

tun teja said...

sis teja
tun pun liat sgt nk bgn subuh.
kena pasang 3kali alarm.

rasulullah s.a.w , anak dia pernah tanya kenapa dia masih giat beribadat sedangkan dia dh dijaminkan syurga. pastu nabi jawab..dia beribadat sebagai tanda syukur pada AlLAH.